Khamis, 20 Ogos 2015

Posted by Admin Miss Eiva 10:38 PG No comments

Kisah Rumahtangga Tidak Pernah Kering Dengan Suka mahupun Duka yang di lalui bersama pasangan,Semua itu lumrah dalam berumahtangga,ada pahit ada juga manisnya.

Aku Isterimu,Tapi Orang Lain Bagimu Berkongsi Kisah Di Dalam Berumahtangga Seorang Wanita Yang Hanya Mampu Bersabar di setiap ujian yang mendatang di dalam rumahtangga yang di bina Bersama Suami yang Di Cintai.ikuti kisah Puan E yang sudi berkongsi kisah buat tatapan semua,.




"Ikatan perkahwinan yang terbina ini,sudah hampir 5 tahun hasil dari perasaan cinta yang lahir dari hati kami berdua dan bukannya di jodohkan oleh orang tua,perkahwinan adalah Keputusan terbesar dan bagi setiap manusia yang mahu berkahwin dengan pasangan masing-masing.

Hari Demi Hari Beranjak tahun ke tahun,Segalanya Mula Berubah sedikit demi sedikit,apakah faktor usia perkahwinan yang harus di salahkan?atau apakah kerana sudah jemu?hatiku tidak tahu,malah yang aku tahu,hatiku tetap menyintai dirimu walau tahun berganti tahun yang membawa usia perkahwinan kita bersama.

Sebagai Isteri,aku mahukan kebahagiaan seperti insan lain,bukankah perkahwinan itu adalah sebagai pelengkap dan perkongsian di atas segala-galanya,tiada istilah berdusta mahupun terbatas kerana isteri adalah sebahagian dari hidup suami dan suami adalah sebahagian
dari hidup isteri.

Aku Isterimu,Tapi Orang Lain Bagimu,.Ya,.Sejak Usia Perkahwinan kita semakin Bertambah,mungkin gelaran Isteri itu hanya sebagai perhiasan Bagimu,Namun segala fungsiku sebagai isteri umpama suis eletrik yang boleh di hidupkan atau di matikan pada bila-bila masa saja.

Terkadang aku juga merasa bahawa aku umpama boneka bagimu yang tiada perasaan,malah perasaan ini sudah semakin tidak di mengertikan lagi apatah untuk peduli tentang apa yang kurasai,setiap hari yang kita lalui bersama,aku tetap menjalankan tanggungjawab sebagai isterimu,
walaupun hati ini terluka kerana sering di pinggirkan dan kau tidak menjadikan aku teman pendamping kemana saja seperti sebelum ini,aku tetap ikhlas mencintai dirimu,Walau aku tahu di hadapanku hanya kelukaan yang menanti.

Andainya kau tidak mahu menganggapku isterimu lagi,maka anggaplah aku seperti teman-temanmu,andai itu mampu untuk tidak membuatkan diri ini di pinggirkan olehmu.

Kita Semakin Jauh,Namun Lafaz akad nikah yang dulunya pernah keluar dari bibirmu,masih lagi terngiang-ngiang sehingga kini,saat itu indahnya dunia,.tiada lafaz lain yang mampu membuatku merasa bahagia di saat aku sah bergelar Isterimu.


Mungkin ini suratan takdir untuk hidupku,Aku pasrahkan dengan penuh kerelaan,jika suatu masa kelak kau bertemu insan lain,aku tiada pilihan,hulurkan saja pena itu sebagai tanda aku merelakan,usah bimbang dengan perasaan ini bukankah aku hanya boneka yang tiada
perasaan.

Tidak Dapatku bayangkan andai kita tidak lagi bersama,namun apa daya upaya ku andai itu bisa membahagiakanmu walau hati ini bakal terluka dan terguris,hanya itu yang mampu ku korbankan demi melihatmu bahagia tanpa diriku lagi,.",.

Dari Kisah Puan J ini dapat kita bayangkan bagaimana perasaan beliau apabila di pinggirkan serta di abaikan oleh suaminya sendiri,Betapa kuatnyaHati Puan J untuk bersama dengan insan yang sudah berjauh hati dengannya lagi,dari kata-kata puan J ini juga persoalan mulai timbul,apakah makna sebenar perkahwinan yang di persetujui bersama,andai di satu masa kelak satu hati bakal terkorban kerana hati walaupun Cinta itu juga datang dari hati tetapi dengan hati juga boleh membunuh cinta.

Moga Ada sinar baru buat Puan J di atas kesabarannya selama ini,Moga Yang Maha Esa Mendengar di setiap doa-doa yang di titipnya selalu,Sesungguhnya kita hanya insan Biasa yang mengikut segala yang di atur olehNya,.

Rabu, 19 Ogos 2015

Posted by Admin Miss Eiva in | 1:54 PG 2 comments

Kisah Seorang Pemuda Yang Telah Menderhaka Terhadap Ibunya.

Paparan kali ini mengisahkan Penyesalan Seorang Anak Seksa Ibu Kandungnya Sendiri,Bakal Mengejutkan kita semua akan perilakuSerta tindakan Seorang Anak Terhadap Ibu Kandungnya sendiri!Apakah yang di lakukan terhadap ibunya?mari kita ikuti sorotan kisah Benar pada kali ini yang di ceritakan oleh Saudara K(nama serta identiti di rahsiakan)

Semasa kecil,akulah anak yang paling manja dalam keluarga,Oleh kerana aku adalah anak paling bongsu segala keistimewaan di beri kepadaku,aku di manjakan oleh ibu serta adik beradik yang lain,Ayahku pula telah meninggal dunia sewaktu aku berusia 2 tahun.



Usia kian meningkat,sewaktu di sekolah menengah,aku sudah semakin renggang dengan ibu,abang serta kakakku tidak lagi tinggal bersama,memandangkan mereka telah bekerja di ibu kota.

Tinggallah aku bersama ibu dua beranak di kampung,Kerana kawan aku mulai bersikap dingin dengan ibu,aku lebih suka keluar melepak dari duduk dirumah!zaman remajalah katakan,sehinggakan waktu ibuku sakit pun aku tidak peduli seakan akan tiada apa apa berlaku,di waktu ibu sakit,ibu jugalah yang membuat kerja rumah,ibu tidak bekerja,hanya mengharapkan
pemberian wang perbelanjaan dari dua orang abang serta seorang kakakku.

Aku?aku hanya tahu minta wang belanja dan melepak bersama kawan-kawan,yang aku tahu hidup ini mesti Enjoy beb!

aku bosan tinggal di rumah,ada saja yang ibu minta untuk aku lakukan,pantang saja nampak wajahku!ahh,.penatlah duduk di rumah!bosan juga hanya ibu saja yang ada di rumah!

Suatu hari,sakit ibu makin teruk,abang serta kakakku pula tidak dapat bercuti kerana bekerja,masih ku ingat lagi hari itu aku telah menengking ibu buat pertama kalinya!

tak payah mengada sangatlah !buat buat sakit padahal malas nak masak!aku menengking ibu kerana berang apabila tudung saji di dapur di buka tiada apa-apa untuk di makan!

Usia Remaja,Darah pun panas,panas baran juga menjadi-jadi!aku mengamuk di dapur sambil memecahkan pinggan di dapur!tidak lama kemudian aku lihat ibu turun ke dapur melalui tangga rumah kami itu.


melihat ibu telah ke dapur aku pun menuju ke ruang bilik ibu,kalian tahu apa yang aku lakukan??aku curi duit ibu!!aku ambil semuanya!puas betul hati aku!cukuplah untuk aku enjoy bersama sama kawan-kawanku nanti!

aku keluar rumah dengan perasaan girang hingga perasaan lapar tadipun tidak terasa,aku langsung tidak rasa bersalah  kerana menengking serta mencuri duit ibu,segalanya ku lupakan apabila wang telah ada di tanganku!

Malam itu aku tidak pulang ke rumah,Gila kau duit tengah banyak mahu duduk di rumah!paling tidak pun ke pusat snooker keesokkannya aku pulang ke rumah,aku mencari ibu di ruang tamu serta di bilik,tetapi tiada kelibat ibu.

Sehinggalah apabila aku turun ke dapur!aku melihat ibu telah terbaring berhampiran meja makan!Aku juga sempat melihat nasi goreng yang telah siap berada di atas meja makan itu,

Yaa ALLAH!! Ibu!!!!! 

hanya itu perkataan yang keluar dari mulutku sewaktu menghampiri ibu,aku tiada pilihan selain dari  menelefon abang serta kakakku,dan mereka telah menghubungi ambulans,aku memegang badan ibu,terasa sejuk,malah berkali kali aku memanggil ibu namun tidak berjawab mahupun ada pergerakan berlaku.

IBU DI SAHKAN TELAH MENINGGAL DUNIA!!

Waktu itu akau merasakan dunia terlalu gelap,..penyesalan ini akan menghantui hidupku seumur hidupku,aku telah berbuat Dosa terhadap ibu tanpa sempat memohon keampunan dari Ibu,....

Kini tinggallah aku seorang diri setelah kematian ibu,malah abang serta kakakku telah benar-benar memulaukan aku selepas mengetahui cerita sebenar!mereka tidak dapat memaafkan aku dan tidak mahu menerima aku sebagai adik mereka.

Bermula lah kehidupan yang huru-hara apabila aku sudah tidak dapat bersekolah,sehingga aku bergelar peminta sedekah  dan gelandangan.

selepas ibu meninggal dunia aku telah di bawa oleh kakakku ke ibu kota,di sanalah aku menceritakan segalanya,dek kerana kejujuran ini jugalah aku telah di halau keluar malah kakak ku juga telah memberitahu kepada abang ku tentang perkara ini.

Di ibu kota aku tiada sesiapa lagi,apatah lagi wang di poket sudah tiada!hingga aku terdesak untuk makan,memaksa aku untuk meminta sedekah,aku umpama gelandangan yang boleh tidur di mana mana saja!Malu??tiada ertinya malu jika di bandingkan dengan rasa lapar yang aku rasai!

Aku sangat menyesal atas perbuatanku selama ini terhadap ibu,apa salah ibu ku terhadapku,.......hingga aku tergamak melakukan segala di luar batasan sebagai seorang anak yang di manja dengan penuh kasih dan sayang.

Bagaimanakah kehidupan Saudara K Sekarang??nantikan sambungan dari kisah ini untuk artikel seterusnya,.

Anda ada kisah menarik yang ingin di kongsikan buat tatapan semua?
Emailkan ke : eivagf88@gmail.com





Selasa, 18 Ogos 2015

Posted by Admin Miss Eiva in | 12:55 PG 1 comment

Apakah Yang Berlaku Selepas Puan S Kematian Suaminya Yang Juga Penghidap HIV??


Pada Episod lepas Kita di sajikan Sesuatu Yang Meruntun Jiwa Kisah Benar Isteri Malang Bersuamikan Penagih Dadah Yang mana kita juga dapat merasai sendiri bagaimana Pahit getir seorang isteri yang bersuamikan penagih dadah selepas beberapa tahun berkahwin akibat terjebak dadah dengan rakan sekerja.

Untuk Episod kedua ini,Puan S ingin Kongsikan kepada kita semua tentang apakah yang berlaku selepas beliau kehilangan suaminya,mari kita ikuti kisah Puan S.



Selepas Suamiku Meninggal Dunia Dalam keadaan yang aku kira amat menyakitkan di ketika itu,aku memulakan kehidupan baru,Syukur Alhamdulillah atas bantuan jiran sebelah yang sentiasa mengambil berat tentang dua beranak walaupun terdapat ramai orang kampung yang memulaukan kami,masih ada jiran berhati mulia.

Jiranku meminta aku serta anakku mengambil ujian HIV,Syukur Alhamdulillah kami dua beranak bebas dari penyakit paling berbahaya itu.

Aku bersyukur kerana serba sedikit aku mengambil ilmu tentang cara penjagaan pesakit HIV,Paling membuatkan aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran apabila sepanjang suamiku menagih dadah,kami telah lama tidak bersama berikutan sikapnya yang sangat dingin sekali terhadapku.

Tentu kalian semua dapat merasai bagaimana di perlakukan sebegitu oleh si suami,namun ada hukmah di sebalik semua itu,Alhamdulillah,hikmahnya telah aku perolehi,andaikata dalam masa suamiku menagih dadah,lalu  "bersama"ku,mungkin sekarang aku juga adalah pesakit HIV.

Setelah kematian suami,aku memulakan hidup baru,bekerja untuk menyara anak tunggalku,Rezeki semakin melimpah ruah apabila bermula dari menjual nasi lemak berhampiran rumahku,kini aku sudah dapat membina sebuah kedai makan,mungkin tidak sebesar mana,tetapi syukur Alhamdulillah,pelangganku tidak putus berkunjung.

Dari luahan hati penduduk di kampungku,mereka tidaklah membenci kami dua beranak tetapi mereka tidak suka dengan Arwah suamiku yang menagih dadah,Jika di fikirkan mungkin jika aku berada di tempat mereka aku juga akan berasa marah dengan penagih-penagih dadah.

Kini Aku lega kerana Orang kampungku semakin ramah dan menerima kami dua beranak yang masih tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah ayah serta ibu suamiku.

Jika di tanya apa perancangan ku lagi?hanya ada dua,iaitu mencari rezeki bagi menyara anak tunggalku dan membesarkannya sesempurna yang mungkin dan paling utama,aku mahu mendekatkan diri kepada Allah,sesungguhnya aku redha akan ujian,dugaan yang di beri kepadaku.

Begitulah episod kisah Meruntun jiwa Kisah benar Isteri Malang Bersuamikan penagih dadah yang di ceritakan oleh puan s kepada penulis untuk di kongsikan kepada anda.

Sama-sama kita mendoakan buat puan S dan anaknya agar sentiasa di lindungi Allah SWT,di murahkan rezeki,Di beri kesihatan yang baik serta di panjangkan umur.

Kita semua tahu bahawa Dadah sememangnya Musuh Utama Bagi manusia,impaknya bukan hanya kepada penagi dadah malah bakal menyusahkan insan lain,malah Negara juga akan hancur jika Berakyatkan ramai penagih dadah,Bersama kita membasmi Dadah Demi Kesejahteraan kita semua,InshaAllah,.

 

Isnin, 17 Ogos 2015

Posted by Admin Miss Eiva in | 8:30 PG 6 comments

Kisah Duka Seorang Isteri

Segalanya Sudah Tertulis,Seorang Wanita yang tabah mengalami detik paling hitam dalam hidupnya setelah melalui Alam Perkahwinan apabila beliau terseksa dek kerana bersuamikan penagih dadah!

Kisah Benar yang memaparkan realiti kehidupan hari ini menyingkap sisi gelap dalam hidup seorang wanita bergelar isteri yang di rundung malang apabila Suaminya Menjadi penagih dadah,Wanita ini di kenali sebagai Puan S(Nama serta identiti di rahsiakan)Demi menjaga aib serta maruah beliau,ikuti kisah beliau..




Semasa Kami Bercinta Selama Tiga Tahun Sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga,Suamiku Tidak Menunjukkan apa-apa sikap yang kurang baik,Segalanya Huru Hara Sejak dia mengenali Kawan Baru di tempat kerja yang baru.

Oleh kerana Company Suamiku terpaksa gulung tikar suamiku mencari pekerjaan yang lain untuk menyara keluarga,Di tempat kerja yang baru Suamiku mengenali K,Dialah Manusia paling tidak berguna yang membuatkan suamiku terjebak dalam kancah Dadah!

Apabila mula terlibat dengan Penyalahgunaan dadah,Wang perbelanjaan rumah sering tidak cukup,sudah lah begitu,kami bakal menimang cahaya mata,Suamiku sering memberi alasan untuk menutup rahsia yang dia telah menggunakan wang gajinya untuk membeli dadah!

Suatu hari,Dengan kuasa Allah SWT,Aku telah menyaksikan sendiri bersaksikan dua biji mata ini melihat suamiku sedang khayal di dalam sebuah lagi bilik di rumah kami!

Hancur luluh hatiku ketika itu,waktu itu aku benar-benar merasakan dunia seakan gelap!dek perbiuatan suamiku,.

Tahun Berganti tahun,Suamiku benar-benar sudah ketagih dadah hingga membuatkan pekerjaan nya terganggu dan telah di buang kerja oleh majikan!

Fikiran ku benar-benar bercelaru,manakan tidak!bagaimana mahu membayar wang sewa rumah,menanggung perbelanjaan makan minum kami sekeluarga??

Aku hanya berendam airmata sehingga kami terpaksa keluar dari rumah sewa kerana hutang yang sudah berbulan-bulan tidak membayar wang sewa rumah!

Akhirnya suami membawa aku serta zuriat kami pulang ke kampung halaman,di sana hanya ada sebuag rumah peninggalan arwah ayah serta ibunya serta 5 ekar kebun.

Aku sangkakan pulang ke kampung suamiku akan berubah,Namun sangkaan ku meleset!apabila dia bertemu dengan rakan sekolahnya yang juga terjebak dengan dadah!

Tiada yang kekal kesihatan di dunia ini,begitulah nasib yang menimpa suamiku apabila beliau telah di sahkan menghidap HIV POSITIF!!

ALLAHHUAKHBAR!!,...Dugaan terbesar dalam hidupku namun aku pasrah akan ketentuan DariNya,.

dari sehari ke sehari kesihatan suamiku semakin teruk,terasa aib untuk aku ingin memberitahu kalian bagaimana keadaannya,.tak ubah seperti mayat hidup,..

Aku hanya mampu bekerja di kedai makan di kampung itu bagi menyara kami sekeluarga,paling menyedihka,anak kami yang sudah bersekolah langsung tidak mahu mendekati suamiku kerana keadaan suamiku amat menakutkan sekali untuk anak ku pandang,.

suamiku menghabiskan sisa sisa hidupnya hanya di rumah tanpa mampu bergerak lagi,.Segalanya ku terima sebagai seorang isteri,tetapi apa yang ku kesali,kerana Dadah!!Segalanya hancur sengsara,.

Kepada Lelaki di luar sana,mahukah anda melihat Isteri,anak mahupun keluarga anda menderita dek kerana dadah??jangan hancurkan kehidupan kerana dadah,dadah bukan sahaja boleh membunuh tetapi bakal membuatkan insan sekeliling menderita dan hidup susah.

Hindari dadah,jadikan kisah ini sebagai iktibar,jangan rosakkan masa depan hanya kerana dadah!


Apakah seterusnya yang berlaku kepada Puan S Setelah Kematian Suaminya?Nantikan sambungan dari episod ini.

Posted by Admin Miss Eiva in | 3:46 PG No comments

Paparan Kisah Benar Realiti Kehidupan Hari Ini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera,

Pengenalan Blog Kisah Benar 2 U,Akan memaparkan kepada anda kisah realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling kita,Banyak Cerita dan kisah yang tidak semua insan boleh di kongsikan secara terus,tetapi Blog Kisah Benar 2 U akan menjadi perantara bagi mereka yang mahu berkongsi apa jua kisah dan cerita buat tatapan semua.

 Segala apa yang tersiar di Blog Kisah Benar 2 U,Kita jadikan tauladan dan iktibar dari kisah-kisah yang di baca di sini.

 

 

 

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua,jika anda mahu kami kongsikan kisah -kisah yang di lalui oleh anda sendiri mahupun dari pemerhatian,Sila lah Email Kepada Kami Di :

eivagf88@gmail.com 


Kami akan menyiarkan Artikel Kisah Benar Dari semasa ke semasa,kerana setakat ini terdapat Banyak kisah benar yang kami terima selepas iklan kami di siarkan dari sebuah blog dan menerima maklum balas yang positif dari mereka yang mahu kisah dan cerita kehidupan mereka di kongsikan buat kita semua.

Sebagai pemberitahuan,Blog ini adalah bebas dari unsur politik,Luc*h,isu sensitiviti perkauman Mahupun Agama,Dan setiap kisah yang di hantar kepada kami akan melalui tapisan terlebih dahulu bagi memastikan ia dapat di siarkan secara profesional Di Sini.

Komen
Kami amat mengalu-alukan ulasan atau komen anda untuk berkongsi pendapat yang positif,Di harap kita dapat menjaga etika komen dengan penuh hemat dan profesional melalui kematangan diri.

Perkongsian 
Anda di benarkan untuk berkongsi setiap artikel yang di siarkan di laman-laman sosial seperti  Facebook,Instagram,twitter,linkedin,whatsapp,Wechat dan sebagainya,jika anda mahu copy artikel dari blog ini sila patuhi untuk meletakkan backlink ke blog ini sebagai tanda terima kasih kepada admin yang bekerja bagi melancarkan perkongsian Blog Kisah Benar 2 U ini.

Terima Kasih di ucapkan kepada anda semua,Dan Kami amat Memerlukan sokongan dari anda semua.

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter