Selasa, 18 Ogos 2015

Posted by Admin Miss Eiva in | 12:55 PG 1 comment

Apakah Yang Berlaku Selepas Puan S Kematian Suaminya Yang Juga Penghidap HIV??


Pada Episod lepas Kita di sajikan Sesuatu Yang Meruntun Jiwa Kisah Benar Isteri Malang Bersuamikan Penagih Dadah Yang mana kita juga dapat merasai sendiri bagaimana Pahit getir seorang isteri yang bersuamikan penagih dadah selepas beberapa tahun berkahwin akibat terjebak dadah dengan rakan sekerja.

Untuk Episod kedua ini,Puan S ingin Kongsikan kepada kita semua tentang apakah yang berlaku selepas beliau kehilangan suaminya,mari kita ikuti kisah Puan S.



Selepas Suamiku Meninggal Dunia Dalam keadaan yang aku kira amat menyakitkan di ketika itu,aku memulakan kehidupan baru,Syukur Alhamdulillah atas bantuan jiran sebelah yang sentiasa mengambil berat tentang dua beranak walaupun terdapat ramai orang kampung yang memulaukan kami,masih ada jiran berhati mulia.

Jiranku meminta aku serta anakku mengambil ujian HIV,Syukur Alhamdulillah kami dua beranak bebas dari penyakit paling berbahaya itu.

Aku bersyukur kerana serba sedikit aku mengambil ilmu tentang cara penjagaan pesakit HIV,Paling membuatkan aku memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran apabila sepanjang suamiku menagih dadah,kami telah lama tidak bersama berikutan sikapnya yang sangat dingin sekali terhadapku.

Tentu kalian semua dapat merasai bagaimana di perlakukan sebegitu oleh si suami,namun ada hukmah di sebalik semua itu,Alhamdulillah,hikmahnya telah aku perolehi,andaikata dalam masa suamiku menagih dadah,lalu  "bersama"ku,mungkin sekarang aku juga adalah pesakit HIV.

Setelah kematian suami,aku memulakan hidup baru,bekerja untuk menyara anak tunggalku,Rezeki semakin melimpah ruah apabila bermula dari menjual nasi lemak berhampiran rumahku,kini aku sudah dapat membina sebuah kedai makan,mungkin tidak sebesar mana,tetapi syukur Alhamdulillah,pelangganku tidak putus berkunjung.

Dari luahan hati penduduk di kampungku,mereka tidaklah membenci kami dua beranak tetapi mereka tidak suka dengan Arwah suamiku yang menagih dadah,Jika di fikirkan mungkin jika aku berada di tempat mereka aku juga akan berasa marah dengan penagih-penagih dadah.

Kini Aku lega kerana Orang kampungku semakin ramah dan menerima kami dua beranak yang masih tinggal di rumah pusaka peninggalan arwah ayah serta ibu suamiku.

Jika di tanya apa perancangan ku lagi?hanya ada dua,iaitu mencari rezeki bagi menyara anak tunggalku dan membesarkannya sesempurna yang mungkin dan paling utama,aku mahu mendekatkan diri kepada Allah,sesungguhnya aku redha akan ujian,dugaan yang di beri kepadaku.

Begitulah episod kisah Meruntun jiwa Kisah benar Isteri Malang Bersuamikan penagih dadah yang di ceritakan oleh puan s kepada penulis untuk di kongsikan kepada anda.

Sama-sama kita mendoakan buat puan S dan anaknya agar sentiasa di lindungi Allah SWT,di murahkan rezeki,Di beri kesihatan yang baik serta di panjangkan umur.

Kita semua tahu bahawa Dadah sememangnya Musuh Utama Bagi manusia,impaknya bukan hanya kepada penagi dadah malah bakal menyusahkan insan lain,malah Negara juga akan hancur jika Berakyatkan ramai penagih dadah,Bersama kita membasmi Dadah Demi Kesejahteraan kita semua,InshaAllah,.

 

1 ulasan:

Search

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter