Kisah Rumahtangga Tidak Pernah Kering Dengan Suka mahupun Duka yang di lalui bersama pasangan,Semua itu lumrah dalam berumahtangga,ada pahit ada juga manisnya.
Aku Isterimu,Tapi Orang Lain Bagimu Berkongsi Kisah Di Dalam Berumahtangga Seorang Wanita Yang Hanya Mampu Bersabar di setiap ujian yang mendatang di dalam rumahtangga yang di bina Bersama Suami yang Di Cintai.ikuti kisah Puan E yang sudi berkongsi kisah buat tatapan semua,.
"Ikatan perkahwinan yang terbina ini,sudah hampir 5 tahun hasil dari perasaan cinta yang lahir dari hati kami berdua dan bukannya di jodohkan oleh orang tua,perkahwinan adalah Keputusan terbesar dan bagi setiap manusia yang mahu berkahwin dengan pasangan masing-masing.
Hari Demi Hari Beranjak tahun ke tahun,Segalanya Mula Berubah sedikit demi sedikit,apakah faktor usia perkahwinan yang harus di salahkan?atau apakah kerana sudah jemu?hatiku tidak tahu,malah yang aku tahu,hatiku tetap menyintai dirimu walau tahun berganti tahun yang membawa usia perkahwinan kita bersama.
Sebagai Isteri,aku mahukan kebahagiaan seperti insan lain,bukankah perkahwinan itu adalah sebagai pelengkap dan perkongsian di atas segala-galanya,tiada istilah berdusta mahupun terbatas kerana isteri adalah sebahagian dari hidup suami dan suami adalah sebahagian
dari hidup isteri.
Aku Isterimu,Tapi Orang Lain Bagimu,.Ya,.Sejak Usia Perkahwinan kita semakin Bertambah,mungkin gelaran Isteri itu hanya sebagai perhiasan Bagimu,Namun segala fungsiku sebagai isteri umpama suis eletrik yang boleh di hidupkan atau di matikan pada bila-bila masa saja.
Terkadang aku juga merasa bahawa aku umpama boneka bagimu yang tiada perasaan,malah perasaan ini sudah semakin tidak di mengertikan lagi apatah untuk peduli tentang apa yang kurasai,setiap hari yang kita lalui bersama,aku tetap menjalankan tanggungjawab sebagai isterimu,
walaupun hati ini terluka kerana sering di pinggirkan dan kau tidak menjadikan aku teman pendamping kemana saja seperti sebelum ini,aku tetap ikhlas mencintai dirimu,Walau aku tahu di hadapanku hanya kelukaan yang menanti.
Andainya kau tidak mahu menganggapku isterimu lagi,maka anggaplah aku seperti teman-temanmu,andai itu mampu untuk tidak membuatkan diri ini di pinggirkan olehmu.
Kita Semakin Jauh,Namun Lafaz akad nikah yang dulunya pernah keluar dari bibirmu,masih lagi terngiang-ngiang sehingga kini,saat itu indahnya dunia,.tiada lafaz lain yang mampu membuatku merasa bahagia di saat aku sah bergelar Isterimu.
Mungkin ini suratan takdir untuk hidupku,Aku pasrahkan dengan penuh kerelaan,jika suatu masa kelak kau bertemu insan lain,aku tiada pilihan,hulurkan saja pena itu sebagai tanda aku merelakan,usah bimbang dengan perasaan ini bukankah aku hanya boneka yang tiada
perasaan.
Tidak Dapatku bayangkan andai kita tidak lagi bersama,namun apa daya upaya ku andai itu bisa membahagiakanmu walau hati ini bakal terluka dan terguris,hanya itu yang mampu ku korbankan demi melihatmu bahagia tanpa diriku lagi,.",.
Dari Kisah Puan J ini dapat kita bayangkan bagaimana perasaan beliau apabila di pinggirkan serta di abaikan oleh suaminya sendiri,Betapa kuatnyaHati Puan J untuk bersama dengan insan yang sudah berjauh hati dengannya lagi,dari kata-kata puan J ini juga persoalan mulai timbul,apakah makna sebenar perkahwinan yang di persetujui bersama,andai di satu masa kelak satu hati bakal terkorban kerana hati walaupun Cinta itu juga datang dari hati tetapi dengan hati juga boleh membunuh cinta.
Moga Ada sinar baru buat Puan J di atas kesabarannya selama ini,Moga Yang Maha Esa Mendengar di setiap doa-doa yang di titipnya selalu,Sesungguhnya kita hanya insan Biasa yang mengikut segala yang di atur olehNya,.